Friday, January 24, 2025
HomeBERITANasi Goreng Pattaya Hanya RM4, Sekolah Di Gurun Jadi Syurga Pelajar

Nasi Goreng Pattaya Hanya RM4, Sekolah Di Gurun Jadi Syurga Pelajar

PETALING JAYA – Kantin di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Sulong, Gurun, Kedah, hebat diperkatakan netizen berikutan menjual pelbagai jenis makanan bertaraf kafe terkenal dengan harga yang murah.

Mohd. Fahmi Ahmad menerusi Facebook, turut berkongsi gambar menu-menu berkenaan yang dijual di Sireh Kafe Tunku Sulong itu, sehingga membuatkan orang ramai teruja.

Lebih mengujakan, apabila Mohd. Fahmi memaklumkan bahawa nasi goreng Pattaya dijual dengan harga cuma RM4 di kantin sekolah berkenaan.

“Alhamdulillah, syukur ya Allah. Menu istimewa hari ni nasi goreng Pattaya, ayam goreng ‘crispy’, ayam Korea dan macam-macam lagi.

“Syurga makanan buat semua pelajar dan warga SMK Tunku Sulong Jeniang. Staf hantar gambar makanan tadi, terkejut saya.

“Syukur dapat semua staf yang baik-baik dan ikhlas. Kepuasan anda keutamaan kami,” katanya.

Rata-rata orang ramai teruja dengan perkongsian berkenaan dan menyifatkan ia sesuatu yang wajar dicontohi pengusaha kantin yang lain.

“Terbaik, mana nak dapat dah harga RM4,” komen seorang pengguna.

“Ronda sekolah satu Malaysia pun, tak boleh jumpa macam Bos Fahmi punya persembahan. Modal besar, untung kecik, jual banyak untung besar. Pak Ndak bagi AAAAA++,” puji Azni Rambli.

“Sekolah ni pelajar rehat lama ke? Tak puas kalau aku belajar situ, semua nak makan,” ujar Zainal Azmi.

“Meriahnya. Alhamdulillah rezeki anak-anak sekolah dapat makan sedap-sedap. Semoga murah rezeki tuan semua,” doa Asmidar Nor.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Bagnaia Wajar Jadi Keutamaan Ducati

0
MILAN – Juara dunia enam kali, Marc Marquez mengakui adalah wajar untuk Francesco Bagnaia diberi keutamaan tetapi yakin Ducati akan tetap memberikan layanan sama...

CATEGORIES