Nana Akui Pernah Jalin ‘Cinta Monyet’ Dengan Arwah Achik Spin

0
84
Foto: Media Hiburan

Kuala Lumpur : Penyanyi Siti Nordiana mengimbas kembali nostalgia ketika menjalinkan hubungan cinta dengan Allahyarham Achik Spin pada zaman remaja.

Siti Nordiana, 39, atau mesra disapa sebagai Nana berkata dia mengetahui Achik mempunyai perasaan terhadap dirinya sebelum membalas semula cinta vokalis kumpulan Spin itu.

“Ini cerita lama sebenarnya dan boleh dikatakan cerita zaman remaja dulu. Orang kata cinta monyet lah. Pada ketika itu saya berumur antara 15 atau 16 tahun. Masa itu saya digosipkan dengan arwah Achik.

“Pergi mana-mana, bila digosipkan mesti rasa malu-malu dengan dia. Kira macam, dia memang ada hati pada saya dan selama ini dia pergi menonton persembahan saya. Sejak itu juga saya tahu dia meminati saya.

“Jadi, saya pun balas cintanya. Tapi sekejap saja,” katanya ketika menjadi tetamu di Borak Selebriti SINAR.

Menerusi perkongsian yang sama, Nana juga memberitahu arwah sentiasa memberikan semangat kepadanya terutama ketika dia melalui fasa perceraian dengan pelakon Allahyarham Faizal Yusop.

Malah, Nana juga berasa yakin Allahyarham Achik akan turut menyertai program Gegar Vaganza sekiranya masih lagi hidup.

“Nana rasa kalau dia masih hidup, mungkin dia pun masuk Gegar Vaganza. Sebab dia mungkin dia pun sangat memberi sokongan pada kerjaya seni saya juga.

“Malah, ketika saya dalam proses perceraian dulu, dia pun banyak bagi semangat pada saya juga. Dia seorang kawan yang sangat baik la. Dia beri semangat, dia ceriakan Nana‚Ķ sebab dia orangnya kelakar,” kata Nana.

Untuk info, Achik meninggal dunia dalam kemalangan ngeri selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan pada 17 April 2010.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here