Nama Bapa Diejek, Dipersenda OKU, Azmi Reda Tidak Tersinggung Lagi

0
281
Foto: CARI Infonet

Kuala Lumpur : Penyanyi Caliph Buskers, Azmi Saat tidak tersinggung dengan gurauan pengacara All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Jihan Muse dan Nabil Ahmad mengenai nama bapanya serta mempersenda orang cacat penglihatan ketika siaran langsung program realiti itu, Ahad lalu.

Pada konsert minggu keempat ASGV itu, Azmi yang tampil sebagai rakan duet kepada Azharina menyampaikan lagu Pupus itu ditanya Jihan dan Nabil bagaimana dia datang ke program itu.

“Nak tanya Azmi, datang ke sini naik apa? Memandu ka?,” kata Jihan seolah-olah mempersenda Azmi yang cacat penglihatan.

Selain itu, mereka juga mempersenda nama bapa Azmi dengan menyebut berapa ‘saat’ diperlukan untuk satu minit.

Menurut Azmi, walaupun dia tidak tersinggung, tetapi sensitiviti masyarakat juga harus diambil kira agar tidak menyinggung mana-mana pihak yang menonton.

“Waktu mula-mula Jihan cakap tu, saya berada di belakang pentas dan dapat merasakan impak di sebalik gurauan itu. Pernah terjadi sebelum ini apabila nama ayah dibawa main, maka terus jadi kecoh.

“Tapi dalam hati saya tiada rasa marah atau apa, sebab memang saya kenal Jihan. Malah, Jihan juga ada menghantar mesej kepada saya memohon maaf mengenai kesilapannya itu.

“Cuma kita perlu belajar juga, gurauan sebegitu memang sensitif dalam masyarakat kita. Malah, setiap orang bangga dengan nama ayah, jadi jika dibawa main, orang memang kurang suka,” katanya.

Namun kata Azmi, gurauan sebegitu tidak mendatangkan masalah kerana mereka kenal antara satu sama lain.x

“Saya memang kenal Nabil dan Jihan. Jadi tiada masalah. Namun, memang saya tak boleh nafikan apabila terjadi pada umum, penerimaan orang ramai memang tidak suka OKU (Orang Kelainan Upaya) dipermainkan. Atau pun, rakan-rakan saya berkata kalaulah orang normal tu tahu macamana susah jadi OKU mesti tidak sampai hati nak bergurau begitu.

“Jadi ramai orang tidak gemar kecacatan orang dibuat main. Tapi sejujurnya saya sendiri, dengan orang-orang yang saya kenal memang tiada masalah cuma bergurau di tempat awam, pasti ramai tidak suka,” katanya.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here