Nak Ziarah Dollah Boleh, Tapi Jangan Ambil Kesempatan – Pak Long

0
101
Foto: Harian Metro

Muar: “Kalau Pak Long cakap jangan ambil hati (terasa). Datang la ziarah, Pak Long mengalu-alukan tapi janganlah paksa Dollah (Abdullah) buat itu, buat ini,” demikian teguran bapa saudara kepada Abdullah Amir Ruddin, Mohd Hairul Nor Muhammad, 54.

Walaupun tidak dinyatakan secara jelas, teguran itu dipercayai ada kaitan satu video di mana ada tetamu meminta Abdullah, 15, membuat tarian ‘chicken dance’ yang kemudiannya dimuatnaik di aplikasi TikTok.

Tindakan tetamu terbabit mengundang kemarahan dan kecaman pelbagai pihak malah ada yang menganggap perbuatan itu antara lain ‘untuk mengambil kesempatan’.

Bagaimanapun, difahamkan video terbabit telah diturunkan selepas pihak berkenaan menerima kecaman daripada warganet.

Menerusi titipan yang dimuatnaik dalam TikTok, Mohd Hairul memberitahu keluarga mereka tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk datang menziarahi.

“Kami anggap kita semua bersaudara tetapi jangan lah minta Abdullah buat yang tidak sepatutnya. Macam kurang sesuai, berbuallah dengan dia…maaf ye.

“Ini hasrat kami semua…tolong Pak Long ye. Manis yang keterlaluan mengundang pahit, buah yang dimasak tidak di makan orang.

“Kemesraan berlebihan boleh mengundang keresahan, jadi berpada-padalah. Ini ingatan buat sendiri sebenarnya,” tulisnya.

Sejak kemalangan meragut enam ahli keluarga Mohd Hairul, rumah nenek mereka di Parit Lapis, Parit Jawa, di sini sentiasa dikunjungi seluruh rakyat Malaysia yang bersimpati terhadap nasib dua beradik, Abdullah dan abangnya, Abdur Rahman, 19.

Kemalangan pada 1 September lalu, meragut nyawa kedua-dua ibu bapa dua beradik itu, iaitu, Amir Ruddin Ismail, 46, dan ibunya, Norahimah Noor Muhamad, 43.

Turut terkorban empat adik beradik mereka iaitu Fatimatulzahrah, 17; Seri Khadijah Aqilah,13; Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here