Najib Disahkan Positif Covid-19 Semalam, Jalani Kuarantin Di HKL

0
51
Foto: Kosmo

PUTRAJAYA- Tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menitipkan doa kesembuhan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijangkiti Covid-19 dilihat memberi terjemahan bahawa kedua-dua pemimpin itu dalam hubungan baik.

Muhyiddin menitipkan doa kesembuhan kepada Najib selepas mengetahui bekas Presiden UMNO itu sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur selepas disahkan positif Covid-19 semalam.

“Saya dimaklumkan bahawa bekas Perdana Menteri dilaporkan sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur selepas disahkan positif Covid-19.

“Saya mendoakan semoga Allah memberikan kesembuhan kepada Najib dan dipermudahkan urusan rawatan beliau,” katanya tadi.

Tindakan Muhyiddin itu juga disifatkan seakan memberi gambaran bahawa hubungan beliau dengan Najib pada tahap baik selain berkemungkinan membentuk kerjasama baharu atau sebaliknya kelak.

Untuk rekod, Muhyiddin dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Julai 2015 pada era kepimpinan Najib.

Muhyiddin mendakwa pemecatan beliau itu ekoran kelantangannya mempersoalkan mengenai 1Malaysia Deevelopment Malaysia (1MDB).

Bagaimanapun, Najib menyangkal dakwaan itu dan menjelaskan pemecatan Muhyiddin ekoran
beliau berkomplot bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sejak tahun 2014, sebelum 1MDB menjadi isu.

Muhyiddin kemudiannya dipecat dari UMNO pada Mei 2016 sebab melanggar disiplin parti setelah hadir acara bersama pembangkang pada Mac 2016.

Sebelum ini, Pegawai Khas Najib, Muhamad Mukhlis Maghribi memaklumkan bekas Perdana Menteri itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas beliau mengadu demam.

Najib dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani kuarantin dan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here