Naikkan Gaji Minimun Solusi Lapuk, Lebih Baik Tingkatkan Kemahiran Diri

0
95
Foto: M- Update

Kuala Lumpur: Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) menggesa kerajaan memberi tumpuan kepada usaha penambahan kemahiran rakyat Malaysia bagi pekerjaan bergaji lebih tinggi dengan menarik industri bernilai tinggi, bukannya bergantung kepada permintaan yang kerap untuk gaji minimum lebih tinggi.

Presiden Datuk William Ng berkata, kaedah yang lebih baik seperti model upah progresif juga boleh menyelaraskan kenaikan gaji dengan produktiviti dan kemahiran sekali gus menjadi pendekatan sama menang untuk perniagaan dan pekerja.

Beliau berkata, pasaran pekerjaan juga berubah dengan ketara selepas pandemik memandangkan takrif bagi pekerjaan, tempat kerja, dan gaji juga sudah lapuk.

“Sistem gaji minimum adalah penyelesaian lapuk kepada masalah lapuk,” katanya dalam kenyataan, Jumaat lalu.

Beliau berkata pada 2010, gaji median untuk rakyat Malaysia ialah RM1,500 dan menjelang 2023 jumlah itu melonjak kepada RM 2,600 – peningkatan sebanyak 73 peratus.

“Malangnya, kedudukan kita yang berdekatan dengan Singapura dan kejatuhan nilai ringgit menyebabkan ramai pekerja terlatih dan berkemahiran tinggi meninggalkan negara,” katanya.

Ng berkata, di Pulau Pinang dan kawasan berhampiran Kulim sahaja, lebih 50,000 kekosongan jawatan jurutera dan teknikal yang masih belum diisi, walaupun industri menawarkan gaji bulanan di antara RM3,500 dengan RM6,000 untuk mereka.

“Ini di sebalik usaha terbaik institusi pendidikan awam dan swasta kita untuk melahirkan pekerja yang mempunyai kemahiran tinggi.

“Kebanyakan PKS membuat pembayaran melebihi gaji minimum semasa. Pasaran buruh di Malaysia juga sangat cekap kerana majikan yang menawarkan gaji yang agak rendah berisiko untuk kehilangan pekerja mereka,” katanya.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here