Sunday, January 26, 2025
HomeHIBURANNai Dinamik Mangsa Penyingkiran Pertama GV11

Nai Dinamik Mangsa Penyingkiran Pertama GV11

SHAH ALAM – Seperti yang dijangka, penyanyi Nai Dinamik menjadi mangsa penyingkiran pertama Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11).

Nai atau nama Islamnya Mohd. Nur Zainal Abdullah, 58, gagal membuat persembahan dengan baik selepas bergelut dengan masalah teknikal sehingga persembahannya terpaksa dihentikan.

Selain berhadapan masalah teknikal, dia juga mempunyai masalah tempo dan menghafal lirik lagu Apa Nak Di Kata nyanyian asal XPDC.

Sewaktu menyampaikan ucapan selepas diumumkan tersingkir, Nai berkata hanya itu sahaja yang termampu dia lakukan.

“Alhamdulilllah ini yang termampu saya buat untuk anda semua. Terima kasih kerana menyokong saya daripada awal,” katanya.

Pada konsert minggu ketiga yang berlangsung di Dewan MBSA, Liza Aziz sekali lagi muncul sebagai juara mingguan buat kali ketiga beturut-turut.

Minggu hadapan kesemua baki 13 peserta akan menyampaikan lagu bertemakan pesta dan rancak.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Takut Kahwin Bimbang Tidak Boleh Beri Komitmen’

0
BIARPUN usia telah mencecah angka 39 tahun pelakon Adeline Tsen mengakui masih tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga. Kata Adeline atau nama sebenarnya, Adeline Anthony...

CATEGORIES