Thursday, April 25, 2024
HomeHIBURANNadhir Nasar Turun Padang Demi Saudara Di Palestin

Nadhir Nasar Turun Padang Demi Saudara Di Palestin

PETALING JAYA – Simpati dengan nasib penduduk rakyat Gaza yang berdepan serangan kekejaman Zionis, pelakon Nadhir Nasar terlibat dalam penghantaran bantuan kemanusiaan sumbangan Malaysia menerusi Ops Ihsan.

Kata Nadhir, pesawat kargo khas itu berlepas dari Terminal Kargo, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) membawa barangan keperluan utama seberat 20 tan, lapor Kosmo.

“Sebanyak 20 tan bantuan telah dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa El Arish Mesir semalam.

“Bantuan tersebut akan melalui sempadan Rafah ke Gaza. Ops Ihsan bersama GPM Malaysia berjalan lancar.

“Semoga segala urusan di sana dipermudahkan. Insya-Allah. Kami di sini selamaya bersama kamu Palestin,” katanya dalam sebuah hantaran Instagram.

Bantuan sebanyak 20 tan tersebut dianggarkan lebih kurang RM5 juta yang mengandungi barangan seperti keperluan makanan, pakaian dan keperluan bayi.

Selain Nadhir, pelakon lain yang turut kelihatan di KLIA semalam ialah Mimifly, Kavita Sidhu, Fedtri Yahya dan Suffian Amrin.

Selain selebriti, Timbalan Menteri Kewangan iaitu YB Datuk Seri Ahmad Maslan turut hadir dan menyaksikan perlepasan bantuan kedua tersebut.

Sebelum ini, bantuan pertama membabitkan barangan seberat 20 tan telah dihantar pada 3 November lalu untuk membantu kelancaran kehidupan mereka.

Menurut Kosmo, baki barangan bantuan seberat 10 tan dijangka akan dihantar dalam penerbangan ketiga dalam masa terdekat.

Ops Ihsan adalah inisiatif yang dilancarkan Kementerian Luar bersama lebih 50 NGO seperti Global Peace Mission Malaysia (GPMMalaysia), Mercy Malaysia, BeVital, MyAqsa Defenders, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Cinta Gaza Malaysia dan Malaysian Relief Agency (MRA).

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sheriff ‘Menang Besar’, Penonton Puas Hati Dengan ‘Plot Twist’

0
Penulis punya banyak perkara untuk dibentang tentang Sheriff arahan Syafiq Yusof dengan sedikit atau helaian muka surat terhad dalam ulasan filem minggu ini. Setakat tulisan ini diusaikan iaitu...

CATEGORIES