Mungkin Mereka Tiada Jodoh – Ellie Suriaty

0
64
Foto: Berita Harian

KUALA LUMPUR: Pelakon Ellie Suriaty menyangkal dakwaan wanita yang dikatakan sepatutnya berkahwin dengan bekas suami, Azri Iskandar, konon mereka tidak serasi sebagai punca majlis pernikahan pada 5 Jun lalu, dibatalkan.

Sebaliknya, Ellie menganggap pernikahan bekas suami dan wanita terbabit dibatalkan berikutan tiada jodoh.

“Kenyataannya tiada keserasian itu tidak tepat. Kalau tidak serasi, mesti mereka tidak merancang untuk bernikah.

“Dia (wanita terbabit) bersungguh-sungguh hendak bernikah dengan Azri. Malah, dia merancang tumbangkan lembu pada Aidiladha untuk meraikan majlis pernikahan.

“Namun, dia tidak berpuas hati apabila pihak lelaki minta tangguhkan pernikahan kerana Azri sedang sibuk dengan penggambaran filem diikuti drama,” dakwanya ditemui pada malam gala filem Buas di sini, malam tadi.

Ellie berkata, Azri tenang apabila dimaklumkan pernikahannya dengan wanita terbabit, dibatalkan.

Ellie mendakwa dia meminta Azri memujuk wanita terbabit.

“Namun, bagi Azri, kalau tak nak, sudah. Dia pun tidak mahu ada perkara berbangkit. Azri pun sebelum ini kurang selesa apabila asyik ditanya mengenai persiapan kahwin, seolah-olah saya desak dia berkahwin,” dakwanya.

Ellie juga mendakwa syarat wanita terbabit yang hanya mahukan 150 tetamu daripada pihak lelaki dijemput pada majlis perkahwinan itu juga tidak dipersetujui.

Dakwa Ellie, acara itu bukanlah majlis tayangan filem, sebaliknya, mereka ada ramai saudara mara dan rakan taulan yang perlu dijemput.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here