Saturday, June 15, 2024
HomeHIBURANMuncul Perempuan Cantik Di Sisi Syamsul Yusof

Muncul Perempuan Cantik Di Sisi Syamsul Yusof

PETALING JAYA – Tiada angin, tiada ribut, media sosial kini kecoh dengan nama seorang wanita Irenee Deanna yang diusik netizen sebagai bakal madu pelakon dan pempengaruh, Ira Kazar.

Menurut laporan Kosmo, menjengah hantaran foto terbaharu wanita berambut kerinting itu, ramai dalam kalangan netizen mula memperkatakan tentang perkara terbabit.

“Nak tanya you ke bakal madu IK (Ira Kazar).

“Lawa teroks (teruk). Sepadan dengan Sol (Syamsul Yusof). Saya sokong.

“Macam inilah best! Tak payah susah susah nak fikir masa benda pelik-pelik. Anak pemilik Utama Motors (syarikat penjualan kereta import terpakai).

“Hari-hari boleh makan ‘fancy’ (restoran mewah),” demikian antara komen berbaur usikan netizen.

Terdahulu, kecoh dalam kalangan netizen apabila tersebar untaian foto Syamsul menghadiri makan malam dengan Irenee yang turut disertai keluarga wanita itu.

Turut kelihatan, sekeping gambar pengarah sensasi itu berdua dengan Irenee dalam satu hantaran dalam Instagram.

Sebuah portal hiburan tempatan juga seperti memberi bayangan dengan mendakwa seorang selebriti berstatus suami orang sedang menjalin hubungan cinta dengan wanita yang juga ahli perniagaan.

Sumber berkata, wanita itu memiliki perusahaan permotoran selain berasal daripada keluarga berada.

“Minat mereka sama. Kedua-duanya pun kaya, barulah sekufu,” kata netizen.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Terbuka Australia: Lee Zii Jia Hampiri Ke Pentas Final

0
KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia hanya selangkah untuk mara ke pentas final pada Kejohanan Badminton Terbuka Australia selepas melayakkan...

CATEGORIES