Munajat untuk Palestin, Doa Dari Rakyat Malaysia

0
104

KUALA LUMPUR 9 Oktober- Seluruh umat Islam diseru menunaikan Solat Sunat Hajat dan membaca doa Qunut Nazilah serta bermunajat untuk saudara-saudara Islam di bumi Gaza, Palestin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, sehubungan itu, masjid- masjid utama di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin akan menganjurkan Solat Hajat dan bacaan doa Qunut Nazillah malam ini, selepas solat Isya’.

“Solat hajat ini diadakan bagi mendoakan kesejahteraan saudara Islam di bumi Gaza, Palestin susulan pergolakan yang berlaku di negara tersebut. 

“Seluruh masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan turut diseru melaksanakan Solat Hajat pada tarikh dan waktu yang sama.

Mohd Na’im berkata, Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri turut disaran untuk sama-sama mengadakan Solat Hajat di masjid dan surau di negeri masing-masing.

Beliau turut mendoakan agar umat Islam di bumi Gaza, Palestin dalam keadaaan selamat dan sejahtera dan diberikan kesabaran yang tinggi berhadapan dengan ujian ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here