Sunday, May 19, 2024
HomeLUAR NEGARAMUI Gesa Sijil Halal Ditarik Bagi Produk Yang Sokong Israel

MUI Gesa Sijil Halal Ditarik Bagi Produk Yang Sokong Israel

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) mendesak supaya sijil halal pada produk yang menyumbang kepada Israel perlu ditarik semula.

Jurucakap MUI, Ikhsan Abdullah berkata, pihaknya sudah mendapatkan senarai produk yang disyaki mempunyai kaitan dengan Israel dan akan segera menyemaknya.

“Kita akan menyemak adakah 50 produk halal berkenaan mempunyai kaitan dengan Israel seperti menyumbang dana kepada negara haram itu.

“Jika sudah dipastikan dan memang sahih berkaitan, kita desak supaya pihak berkuasa kerajaan menarik balik sijil halal produk tersebut.

“Langkah itu bertepatan dengan Fatwa MUI Nombor 83 Tahun 2023 mengenai Fatwa Haram Produk Menyokong Israel,” katanya kepada CNN Indonesia.

Fatwa itu berbunyi ‘mendukung kekejaman Israel terhadap Palestin atau pihak yang menyokong israel, sama ada secara langsung atau tidak hukumnya haram’.

Tegas Ikhsan, kerajaan tidak boleh teragak-agak dalam hal tersebut (tarik semula sijil halal) kerana keputusan itu penting dalam membela nasib rakyat Palestin.

Jelasnya, langkah tersebut merupakan satu daripada cara untuk memastikan mana-mana produk berkaitan Israel tidak boleh masuk ke negara ini.

“Dengan cara itu, kita harap dapat melumpuhkan sektor perdagangan Zionis.

“Jika produk itu sudah ditarik balik status halalnya, pasti tidak laku di negara ini,” ujarnya.

Ikhsan memberitahu, satu daripada syarat sesuatu produk untuk masuk ke Indonesia adalah mempunyai sijil halal, lapor Utusan.

Jelasnya, penarikan balik status halal bukannya menyebabkan produk itu haram, namun hanya bertujuan menjadikannya tidak boleh dijual di Indonesia.

Sumber: Utusan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Resit Pesanan Pizza Pelanggan Hina Islam, Polis Buka Kertas Siasatan

0
BAYAN LEPAS: Lapan individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes resit tempahan makanan segera dalam talian yang mempunyai ayat didakwa menghina Islam. Ketua Polis Daerah...

CATEGORIES