Muhammad Imran Suresh Dikesan, Dakwa Ada Maklumat Kes Simbah Asid – Polis

0
68
Foto: Kosmo

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan pengguna media sosial dikenali Muhammad Imran Suresh susulan kenyataan dikeluarkan berkait kes simbah asid pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, hantaran di media sosialnya mendakwa mempunyai maklumat berkaitan kejadian yang menimpa Faisal.

“Jadi, kita mahu kesan dia untuk melihat maklumat apa yang dia ada boleh membantu siasatan.

“Mana-mana individu yang mempunyai apa-apa maklumat berkaitan boleh tampil bukan mengeluarkan kenyataan sehingga boleh menjejaskan siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, Razarudin memaklumkan siasatan lanjut dari pelbagai sudut masih dilakukan terhadap suspek yang ditahan direman semalam.

Tambah beliau, orang ramai diingatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak betul yang boleh menjejaskan siasatan.

Terdahulu, sebuah akaun media sosial penama Muhammad Imran Suresh memuat naik hantaran mendakwa mengetahui kejadian sebenar yang menimpa pemain bola sepak tersebut.

Selain itu, pemilik laman sosial Istagram berkenaan turut mendakwa telah dipanggil polis bagi membantu siasatan kes melibatkan Faisal.-KOSMO! ONLINE.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here