Muat Naik Video Promosi Bersama Jenama Pro-Israel, Zus Coffee Mohon Maaf

0
51
Foto: Sumberkini

PETALING JAYA – Jenama kopi tempatan, Zus Coffee memohon maaf kerana telah mengeluarkan hantaran video promosi bersama salah satu jenama sukan. pro-Israel.

Menerusi satu kenyataan, Zus Coffee berkata, video tersebut bukanlah hasil kerjasama atau kolaborasi bersama jenama tersebut.

Malah kata mereka, penglibatan dalam video tersebut hanyalah bertujuan menjual kopi untuk dinikmati rakyat Malaysia.

“Kami mendengar kekecewaan anda mengenai penglibatan kami dalam acara sukan fesyen baru-baru ini.

“Penglibatan kami dalam acara ini hanya sekali sahaja, dengan tujuan menjual kopi untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia.

“Pertandingan hadiah secara percuma juga merupakan aktiviti sekali sahaja. Kami ingin menjelaskan bahawa ia bukan satu kolaborasi,” jelas Zus Coffee.

Dalam kenyataan sama, Zus Coffee turut memaklumkan bahawa syarikat itu tidak akan mengaitkan diri mereka dengan isu peperangan ini.

“Sebagai jenama tempatan Malaysia, kami berpegang teguh kepada integriti. Zus Coffee tidak akan dengan sengaja mengaitkan diri kami dengan peperangan dan secara tegas menolak sebarang tindakan kekerasan terhadap kemanusiaan.

“Kami akan lebih berhati-hati dengan tingkah laku kami dalam aktiviti yang kami jalankan termasuk jenama yang kami berkolaborasi pada masa akan datang,”katanya.

Terdahulu, pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa apabila Zus Coffee memuatnaik hantaran bersama sebuah jenama sukan popular yang terkait dengan pengeluar Israel iaitu Delta Galir.

Difahamkan, syarikat berkenaan telah memadam hantaran tersebut. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here