MTL: JBPM Perak Kenal Pasti Tujuh ‘Hotspot’ Kepala Air

2
242
Foto: Utusan Malaysia

IPOH, 30 Oktober- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak telah mengenal pasti tujuh ‘hotspot’ kepala air di negeri itu iaitu di Sungai Bil Behrang, Sungai Dang, Sungai Kampung  Ruah Batu 7, Sungai Lata Kinjang, Sungai Lata Iskandar, Sungai Ulu Slim dan Sungai Trolak.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati terhadap aktiviti yang melibatkan ancaman kepala air susulan negara kini memasuki musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula November ini.

“Pesanan ini bertepatan dengan peranan JBPM selaku urus setia Majlis Keselamatan Aktiviti Air (MKAA) yang terletak di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT),” katanya.

MTL dijangka bermula pada November dan akan berlanjutan sehingga Mac tahun depan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Karnival Keselamatan Kebakaran Peringkat JBPM Perak di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru Raya yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Sandrea Ng Shy Ching dan Pengarah JBPM Perak Sayani Saidon.

Karnival berjaya menarik lebih 4,000 pengunjung dengan pelbagai aktiviti dijalankan seperti pertandingan mewarna, ceramah kesedaran dan pencegahan kebakaran, demonstrasi pemadaman kebakaran dapur, pertandingan kawad operasi dan pameran jentera.

2 COMMENTS

  1. hey there and thank you for your information – I have definitely
    picked up anything new from right here. I did however expertise some technical issues using
    this web site, since I experienced to reload the website
    lots of times previous to I could get it to load
    correctly. I had been wondering if your web host is OK?
    Not that I’m complaining, but sluggish loading instances times
    will often affect your placement in google and can damage your high-quality
    score if ads and marketing with Adwords. Well I’m adding
    this RSS to my email and could look out for much more of your respective
    exciting content. Ensure that you update this again very soon..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here