Sunday, January 26, 2025
HomeSUKANMotoGP: KTM Tidak Terjejas Isu Kewangan

MotoGP: KTM Tidak Terjejas Isu Kewangan

VIENNA, AUSTRIA – Pengeluar motosikal terkenal Austria, KTM menegaskan komitmennya untuk terus beraksi dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) meskipun syarikat induknya, Pierer Mobility Group kini berdepan krisis kewangan serius.

Syarikat itu baru-baru ini mengumumkan beberapa langkah pemulihan perniagaan mereka termasuk menghentikan operasi pengeluaran motosikal dan juga pemberhentian pekerja secara berperingkat dan memerlukan ratusan juta untuk menampung kos operasi mereka.

Pengarah KTM, Hubert Trunkenpolz menegaskan bahawa krisis tersebut tidak akan menggugat penglibatan mereka dalam sukan permotoran, terutamanya MotoGP.

“Sukan permotoran merupakan nadi kepada jenama KTM. Tanpa penglibatan dalam perlumbaan, jenama ini tidak akan sama. Kami komited untuk terus berada di litar walaupun berdepan pelbagai cabaran,” kata Trunkenpolz.

Trunkenpolz turut menjelaskan bahawa KTM mendapat sokongan kukuh daripada rakan kongsi strategik, khususnya Red Bull.

“Red Bull bukan sekadar penaja, tetapi rakan penting yang membantu kami menghadapi situasi sukar ini. Program Red Bull KTM akan diteruskan dengan sokongan mereka,” ujarnya.

Mengenai MotoGP, Trunkenpolz menegaskan bahawa KTM akan terus bersaing sekurang-kurangnya untuk dua musim akan datang.

“Kami mempunyai kontrak dengan Dorna dan akan memenuhinya. Sukan permotoran merupakan platform pemasaran utama bagi KTM dan kami tidak akan berundur. Kami melihat sukan ini sebagai peluang untuk mempromosikan jenama, meningkatkan inovasi dan memperkukuhkan kedudukan kami di pasaran global,” jelas Trunkenpolz.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Takut Kahwin Bimbang Tidak Boleh Beri Komitmen’

0
BIARPUN usia telah mencecah angka 39 tahun pelakon Adeline Tsen mengakui masih tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga. Kata Adeline atau nama sebenarnya, Adeline Anthony...

CATEGORIES