Saturday, June 15, 2024
HomeBERITAMOTAC Semak Semula Syarikat Agensi Pelancongan, Berusaha Berbincang Dengan Arab Saudi Berkenaan...

MOTAC Semak Semula Syarikat Agensi Pelancongan, Berusaha Berbincang Dengan Arab Saudi Berkenaan Kuota

SUSULAN insiden penipuan oleh segelintir syarikat agensi pelancongan pengurusan jemaah yang mengerjakan umrah, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan meneliti serta menyemak semula kelayakan kesemua syarikat agensi pelancongan, khususnya yang menjalankan perniagaan berkaitan perjalanan mengerjakan umrah di Arab Saudi.

Walaupun pihak  MOTAC telah mengenakan tindakan tegas terhadap syarikat-syarikat yang berkenaan seperti membatalkan lesen mereka, namun masih terdapat aduan mengenai masalah sama.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Tiong King Sing

Menteri berkenaan Datuk Seri Tiong King Sing berkata ini susulan aduan orang ramai khususnya jemaah umrah yang menjadi mangsa penipuan syarikat agensi pelancongan masih diterima walaupun tindakan tegas seperti membatalkan lesen terhadap syarikat terbabit sudah dilaksanakan.

Sebelum ini terdapat aduan dan keluhan orang ramai khususnya jemaah umrah yang menjadi mangsa penipuan segelintir syarikat agensi pelancongan pengurusaan umrah yang tidak bertanggungjawab. Ada jemaah umrah yang tidak dibawa ke destinasi-destinasi atau diberikan perkhidmatan yang sepatutnya, seperti yang ditawarkan oleh syarikat agensi pelancongan berkenaan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan akan mengetuai jawatankuasa semakan terbabit dan membentangkan laporan lengkap dalam tempoh sebulan.

King Sing berkata “Saya juga mahu laporan terperinci mengenai rekod syarikat-syarikat ini sepanjang menguruskan jemaah umrah. Ini bagi memastikan syarikat agensi pelancongan lebih bertanggungjawab semasa menjalankan perniagaan dan tidak sesekali mengabaikan pelanggan masing-masing.

Dalam masa sama, saya juga akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama (TYT) Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia serta Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi untuk membincangkan tentang kuota. Sekiranya MOTAC dapat diberi amanah, jawatankuasa yang diketuai oleh YB Timbalan Menteri akan ditubuhkan untuk menguruskan perkara ini daripada diberikan secara terus kepada syarikat agensi pelancongan agar proses jemaah umrah dari negara kita dapat berjalan dengan lebih lancar, telus dan bertanggungjawab serta memastikan kejadian sama khususnya membabitkan penipuan tidak berulang lagi di masa hadapan.”

Selain itu, pihak MOTAC juga akan menyelesaikan beberapa isu lain seperti harga dan prosedur permohonan boleh dibuat melalui MOTAC, sebelum MOTAC menyerahkannya kepada agensi-agensi pelancongan yang bertanggungjawab. Selain dapat menjimatkan kos yang tidak perlu dikenakan kepada pelanggan, ia juga dapat membantu menyelesaikan semua perkara secara bersekali.

Manakala semua syarikat agensi pelancongan sama ada yang telah lama beroperasi mahupun syarikat baharu, perlu melaporkan setiap aktiviti berkaitan pelanggan mereka sepanjang perjalanan mengerjakan umrah kepada MOTAC. Ini bagi membolehkan MOTAC memantau secara dekat dan memastikan segala janji yang ditawarkan kepada pelanggan mereka dikotakan.

King Sing berkata inisiatif yang dilakukan MOTAC itu diharapkan dapat membantu dan melindungi jemaah umrah daripada terus menjadi mangsa penipuan selain memberi peringatan kepada syarikat agensi pelancongan supaya tidak memperdaya pelanggan serta berusaha memberikan perkhidmatan terbaik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Terbuka Australia: Lee Zii Jia Hampiri Ke Pentas Final

0
KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia hanya selangkah untuk mara ke pentas final pada Kejohanan Badminton Terbuka Australia selepas melayakkan...

CATEGORIES