Wednesday, October 9, 2024
HomeBERITAMOTAC Fokus Capai KPI Sektor Pelancongan, Seni, Kebudayaan & Warisan Negara

MOTAC Fokus Capai KPI Sektor Pelancongan, Seni, Kebudayaan & Warisan Negara

KUALA LUMPUR, 13 DISEMBER 2023 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang diterajui oleh YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya telah memberi fokus dalam memperhebat sektor pelancongan dan memperkasa sektor seni budaya serta warisan sepanjang Setahun Bersama Kerajaan Malaysia MADANI.

Sektor pelancongan yang merupakan salah satu penyumbang pendapatan ekonomi negara mampu memberikan impak tinggi melalui peningkatan ketibaan pelancong antarabangsa dan domestik.

Foto: Motac

Petunjuk prestasi utama (KPI) MOTAC turut diserikan dengan beberapa siri pencapaian yang telah berjaya dirangkul mengatasi negara-negara lain.

Selaras dengan konsep Malaysia MADANI, pemerkasaan sektor seni budaya dan warisan tidak dipinggirkan dalam membangun masyarakat Malaysia MADANI.

Pemerkasaaan sektor seni budaya dan warisan diperhebatkan lagi melalui pemberian geran, lesen niche, medium perniagaan kraf dalam talian iaitu MyCraftshoppe.

Foto: Motac

MOTAC turut memberikan fokus untuk perancangan masa depan melalui pemberian geran, insentif, pemasaran produk kraf secara digital.

Di samping itu juga, MOTAC turut melakukan perancangan rapi bagi persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) dengan sasaran ketibaan 35.6 juta orang yang mampu menjana sehingga RM147.1 bilion.

Foto: Motac

MOTAC juga memberikan fokus kepada Tahun Melawat Melaka, Kelantan, Perlis dan Perak pada tahun 2024 serta Tahun Melawat Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor pada tahun 2025.

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Gangguan Bekalan Air: Beberapa Kawasan Di Ibu Kota Terjejas

0
Kuala Lumpur: Sebahagian kawasan Kuala Lumpur berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 6 pagi tadi dan dijangka pulih sepenuhnya pada 1 tengah hari...

CATEGORIES