Menteri Arab Akan Bergerak Ke China, Usaha Gencatan Senjata Buat Gaza

0
157
Foto: ISMAweb

Kaherah: Menteri-menteri dari negara Arab dan Islam akan melawat China pada Isnin dalam siri lawatan yang bertujuan menamatkan perang di Gaza, kata menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal bin Farhan.

Lawatan itu akan menjadi langkah pertama dalam melaksanakan keputusan yang dicapai pada sidang kemuncak bersama Arab dan Islam yang diadakan di Riyadh bulan ini, kata Putera Faisal di luar persidangan di Bahrain dalam komen yang disiarkan oleh kementeriannya di platform media sosial X pada Jumaat.

“Perhentian pertama adalah di China, kemudian kami akan menuju ke ibu kota lain untuk menyampaikan mesej jelas bahawa gencatan senjata mesti diumumkan segera, dan bantuan perlu masuk ke sana,” kata menteri itu.

“Kami perlu berusaha untuk menamatkan krisis ini dan perang ke atas Gaza secepat mungkin,” katanya.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here