Sunday, November 10, 2024
HomeHIBURANMengenang 3 Tahun Tanpa Mamat Khalid

Mengenang 3 Tahun Tanpa Mamat Khalid

TANGGAL 24 Oktober lalu genap tiga tahun pemergian sutradara terkenal, Allahyarham Mamat Khalid. Meskipun begitu, keberadaan beliau masih terasa ada lewat karya-karya yang ditinggalkan.

Perkara sama turut dirasai anak keempatnya, Amen Khalid yang meneruskan legasi Allahyarham sebagai pembikin filem.

“Walaupun sudah tiga tahun arwah papa meninggalkan kita, sehingga kini peminat masih bercerita tentang beliau dan filem-filemnya.

“Itu kesan yang sangat besar bagi saya. Kekuatan karya arwah adalah dekat dengan masyarakat. Ramai orang senang dan rakan-rakan yang merindui papa

“Jika bercerita sahaja tentang papa, semua orang akan ketawa dahulu. Cukup bagi Amen apabila peminat dan rakan-rakan mengenang arwah papa dengan senyum serta tawa,” kongsi Amen.

Sungguhpun kehidupan mereka sekeluarga berbeza sejak pemergian Allahyarham Mamat, legasi seni yang ditinggalkan tetap diteruskan.

Justeru, Amen menerusi Sarang Art Hub yang terletak di Tanjong Malim, Perak menganjurkan Sarang Wayang Pacak pada 26 Oktober ini untuk meraikan karyawan dan berkongsi ilmu tentang industri seni tempatan mahupun luar negara.

“Memang terasa berbeza sejak arwah papa tiada, tetapi kehidupan harus diteruskan. Disebabkan itu, saya menganjurkan acara Sarang Wayang Pacak.

“Selain menayangkan dokumentari arwah papa, acara ini juga untuk melepas rindu bersama rakan-rakan, peminat dan keluarga.

“Harapannya, menerusi acara ini kita semua dapat membina semangat baharu untuk meneruskan kehidupan,” tutur.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

KPDN Keluarkan Kompaun Sebanyak RM7,100 Kes Tanda Harga

0
PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengeluarkan kompaun sebanyak RM7,100 melibatkan 65 kes peniaga gagal menggunakan tanda harga khas...

CATEGORIES