Saturday, October 12, 2024
HomeHIBURANMengaku Sudah 'Move On', Fatiya Latiff Masih Simpan Dendam Terhadap Aiman

Mengaku Sudah ‘Move On’, Fatiya Latiff Masih Simpan Dendam Terhadap Aiman

PETALING JAYA – Masih berlarutan, pelakon sensasi Fatiya Latiff menegaskan dirinya layak untuk memuat naik sebarang foto dan perkara berkaitan bekas kekasihnya yang juga aktor Aiman Hakim bukan kerana pernah menjalin hubungan cinta sebelum ini.

Menurut Fatiya atau nama penuhnya Nur Fatiya Abdul Latiff, 36, tindakannya sejak beberapa hari lalu tidak dianggap sebagai provokasi dan tiada niat untuk menghancurkan rumah tangga aktor tersebut dengan isterinya, Zahirah Macwilson.

“Macam menghancurkan rumah tangga orang? Macam mana awak tahu saya lakukan provokasi?

“Dia seorang selebriti dan saya boleh muat naik apa sahaja yang saya suka.

“Jadi mengapa saya tidak boleh guna foto dia yang sudah tersebar di seluruh dunia,” katanya dalam temu bual bersama penyanyi Caprice semalam.

Tambahnya yang popular menerusi drama Ariana Rose itu, Aiman juga pernah menjadi individu dicintainya sebelum ini.

“Dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya kerana sudah bercinta selama lima tahun.

“Tidak salah rasanya untuk saya muat naik sesuatu tentang seseorang yang pernah berada dalam hati saya sebelum ini,” ujarnya.

Paling mencuri perhatian dalam temu bual tersebut, Fatiya memberitahu, dia masih menyimpan dendam terhadap Aiman namun puncanya belum dijelaskan secara terperinci.

Dia bagaimanapun dilihat belum dapat melupakan kisah putus cintanya apabila memberi kenyataan ‘putar belit’ ketika ditanya sama ada sudah melupakan Aiman atau belum.

“Saya sudah ‘move on’. Kalau belum ‘move on’, saya tidak akan berkongsi fotonya..

“Saya tidak ‘move on’ sebab saya ada dendam terhadapnya. Saya tidak mencintainya lagi tetapi saya ada dendam,” katanya sebelum berlepas ke Tokyo, Jepun semalam.

Sejak 8 Januari lalu, Fatiya mengejutkan ramai apabila melabel wajah Zahirah seperti pembantu rumah dan menuduh aktres itu melakukan pembedahan plastik pada bibirnya.

Satu demi satu kenyataan provokasi dimuat naiknya dalam media sosial sehingga mencetuskan rasa kurang senang dan kebimbangan ramai mengenai kesihatan mentalnya ketika ini.

Fatiya sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta dengan Aiman, namun perhubungan mereka berakhir pada Disember 2015.

Aiman kemudian menamatkan zaman bujang dengan Zahirah pada 20 Februari 2020 dan mereka bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Taktik Licik Wanita Samun Kedai Emas Akhirnya Terbongkar!

0
ALOR GAJAH – Kegiatan seorang wanita berkaca mata hitam yang aktif menyamun tujuh buah kedai emas di sekitar Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan sejak...

CATEGORIES