Thursday, April 25, 2024
HomeBERITAMenerusi Empat Langkah Mudah, e-Kredit RM100 Boleh Ditebus Isnin Ini

Menerusi Empat Langkah Mudah, e-Kredit RM100 Boleh Ditebus Isnin Ini

PETALING JAYA – Rakyat dewasa yang layak menerima e-kredit RM100 boleh menebus wang berkenaan menerusi empat langkah.

Seperti yang dikongsikan di laman sesawang Touch ‘n Go, pengguna baharu dan sedia ada perlu terlebih dahulu melakukan proses verifikasi melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.

“Langkah pertama, muat turun aplikasi e-dompet terlibat di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.

“Seterusnya, bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut.

“Langkah ketiga, penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your- Customer (eKYC).

“Yang terakhir, pada aplikasi e-dompet pilihan anda, sila masukkan maklumat yang diperlukan di halaman tuntutan eMADANI dan tekan “Hantar”,” tulis kenyataan itu.

Menurut Kosmo, penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eMADANI daripada satu penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja.

Sila rujuk aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eMADANI.

Semalam Kosmo! melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pendaftaran bagi tuntutan e-kredit RM100 secara sekali bayar menerusi program eMADANI akan dibuka mulai Isnin ini.

Anwar berkata, permohonan untuk membuat tuntutan itu akan dibuka sehingga 20 Februari depan dan ia akan memanfaatkan 10 juta rakyat dewasa yang layak melibatkan peruntukan RM1 bilion.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sheriff ‘Menang Besar’, Penonton Puas Hati Dengan ‘Plot Twist’

0
Penulis punya banyak perkara untuk dibentang tentang Sheriff arahan Syafiq Yusof dengan sedikit atau helaian muka surat terhad dalam ulasan filem minggu ini. Setakat tulisan ini diusaikan iaitu...

CATEGORIES