Thursday, April 25, 2024
HomeLUAR NEGARAMencari Mayat Keluarga Telah Menjadi Rutin Pagi Rakyat Palestin

Mencari Mayat Keluarga Telah Menjadi Rutin Pagi Rakyat Palestin

PETALING JAYA – Seorang wartawan Palestin, Hani Abu Rezeq mendedahkan, menjadi rutin wajib penduduk Palestin setiap pagi untuk membuat pengecaman mayat ahli keluarga mereka yang syahid akibat terkena bom mahupun tembakan daripada tentera Israel.

Katanya, ribuan penduduk terbunuh dengan kejam ekoran ketegangan di antara dua negara itu sehingga disiatkan bumi Palestin bermandikan air mata dan darah, lapor Kosmo.

“This is how the morning of the 21st of the heat is like (Beginilah rasanya pagi ke 21 bermula),” tulisnya ringkas pada kapsyen video yang dimuat naik di Instagramnya hari ini.

Terdahulu, Hani memaklumkan serangan udara Israel ketika ini menyasarkan bangunan-bangunan universiti untuk dimusnahkan selepas berjaya meruntuhkan beberapa institusi keagamaan di seluruh Gaza termasuklah masjid dan gereja, nyata Kosmo lagi.

“Israel Air Force bombed the building of Al-Azhar University, the new campus in southern Gaza City (Tentera Udara Israel mengebom bangunan Universiti Al-Azhar, kampus baharu di selatan Bandar Gaza),” katanya.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Lapan Jenazah Tragedi Helikopter Disembahyangkan, Diberi Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat

0
KUALA LUMPUR: Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut...

CATEGORIES