Menantu ‘Gelisah’ Tercabutkan Pintu Peti Ais Ibu Mentua

0
137
Foto: TikTok

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia mengalami detik mendebarkan apabila dia secara tidak sengaja merosakkan pintu peti ais di rumah mentuanya, lapor laman berita SindoNews.

Berdasarkan sebuah hantaran dimuat naik dalam akaun TikTok @dellakaristian05, wanita bernama Della itu memaklumkan bahawa dia baru sehari tinggal di rumah mentuanya.

Selepas kejadian itu, Della menghantar mesej kepada ibu mentuanya untuk meminta maaf kerana risau dimarahi.

“Insya-Allah, mama tidak akan menjadi mentua yang pentingkan diri sendiri dan mencampuri urusan anak-anak. Kalau salah akan menasihati sahaja. Berdasarkan pengalaman, mama sakit hati bila dimarahi mentua,” demikian mesej Della bersama mentuanya.

Hantaran itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Alhamdulillah dapat mentua seperti itu,” komen seorang netizen.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here