Thursday, April 25, 2024
HomeHIBURANMenang Pertandingan Di China, Penyanyi Asal Pulau Pinang Menangis Kegembiraan

Menang Pertandingan Di China, Penyanyi Asal Pulau Pinang Menangis Kegembiraan

KUALA LUMPUR: Penyanyi Jeryl Lee Pei Ling, 23, membanggakan negara apabila dinobatkan juara program realiti TV, The Next 202 di China, Sabtu lalu.

Menurut Berita Harian, Jeryl yang berasal dari Pulau Pinang mengalirkan air mata kegembiraan ketika diumumkan sebagai pemenang dan menyifatkan pengalaman itu di luar jangkaannya.

“Rasa macam mimpi. Setiap kali rasa mahu mengalah, saya beritahu diri sendiri untuk terus cekal, kerja keras dan saya boleh lakukannya.

“Kali ini, saya boleh cakap dengan yakin saya berjaya lakukannya. Saya takkan hampakan anda semua,” katanya.

Jeryl menyifatkan The Next 2023 adalah pertandingan terbaik pernah disertainya.

Berita Harian juga menyatakan Jeryl tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada jurulatih, kareografer dan pasukan produksi yang tidak putus-putus memberinya semangat ketika bertanding.

Menurutnya, sesiapa sahaja berhak menggapai impian dan tidak sepatutnya berputus asa mengejar cita-cita.

“Apa saja yang anda impikan untuk capai, beranikan diri dan kejarlah. Jangan gentar atau putus harapan dengan mudah.

“Kalau saya boleh lakukannya, anda pun boleh,” katanya.

Hantarannya mengenai kemenangannya itu dimuat naik dalam Instagram mendapat pujian rakan artis termasuk Vanessa Reynauld, Choo Hao Ren dan Priscilla Abby.

Jeryl mula berjinak dalam nyanyian sejak berusia lapan tahun. Dia juga sudah mencuba nasib dalam pelbagai pertandingan di China.

Dia pernah memenangi pertandingan nyanyian remaja, Water Cube Cup China pada 2014. Namanya kian popular sejak 2016 selepas menjadi finalis program Sing! China.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

50 Pelajar SMK Batu Kikir Diserang Histeria, 165 Penghuni Asrama Diberi...

0
JEMPOL - "Anak saya lihat ada makhluk menyerupai rakan datang dan memanggil mereka ke padang sebelum diserang histeria," kata ibu kepada dua pelajar Sekolah...

CATEGORIES