Menaip Hanya Menggunakan Hidung, Lelaki Ini Pecah Rekod Dunia Guinness

0
50
Foto: Sinar Harian

NEW DELHI- Seorang lelaki India yang pernah memecahkan Rekod Dunia Guinness (GWR) dengan menaip abjad papan kekunci dengan menggunakan hidungnya sekali lagi memecahkan rekod yang ketiga.

Terdahulu, Vinod Kumar Chaudhary, 44 pernah merekodkan pencapaian dengan hanya mencatat 27.8 saat pada tahun 2023 dan pada tahun yang sama turut memecahkan rekod dalam masa 26.73 saat, lapor GWR.

Namun, pada kali ketiga Kumar berjaya mencatat hanya 25.66 saat sahaja.
GWR yang berkongsi video menunjukkan Chaudahary menaip abjad dengan hidung di papan kekunci secara satu persatu.

Mengikut kepada peraturan rekod, Kumar perlu menaip kesemua huruf abjad Rom sebanyak 26 pada papan kekunci QWERTY standard dengan ruang antara setiap huruf.
Selain menaip menggunakan hidung, Kumar turut memegang rekod dengan masa terpantas menaip abjad dengan tangan di belakang, pada 6.78 saat, dan juga memegang rekod untuk masa terpantas untuk menaip abjad ke belakang (tangan tunggal), dengan masa 5.36 saat.

“Profesion saya adalah menaip, itulah sebabnya saya terfikir untuk membuat rekod di dalamnya, di mana minat dan mata pencarian saya kekal,” katanya kepada GWR.

Sebelum sampai ke tahap ini, Kumar terpaksa berlatih selama berjam-jam dalam masa sehari dan kadang kala membuatkan kepalanya berasa pening. Namun, disebabkan minat dan perlukan konsisten yang tinggi, ia akan menjadi lebih mudah. – Agensi

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here