Tuesday, December 10, 2024
HomeLUAR NEGARA'Mempertahankan Hak Asasi Warga Palestin Tak Bermakna Pro-Hamas' - Eric Cantona

‘Mempertahankan Hak Asasi Warga Palestin Tak Bermakna Pro-Hamas’ – Eric Cantona

LONDON: Pemain legenda Manchester United, Eric Cantona menyokong Palestin menerusi satu hantaran di laman media sosialnya.

Ia hadir susulan konflik berterusan antara Israel dan Palestin yang menyaksikan beribu-ribu orang awam kehilangan nyawa, lapor Berita Harian.

Berikutan konflik semasa, ramai pemain, penyokong dan pengulas sukan memberikan pendapat peribadi mereka termasuk bekas bintang Arsenal, Mesut Ozil dalam hantaran terbaharu di media sosial.

Kini legenda United, Cantona memberikan pendapatnya mengenai perkara itu dengan berkongsi imej yang asalnya dihantar oleh seorang aktivis politik.

Menggunakan laman Instagram, Cantona menghantar gambar itu dan mengepilkannya bersama penulis berbangsa Kanada-Lubnan, Najwa Zebian – orang pertama yang berkongsi hantaran itu.

Hantaran di Instagram berbunyi: “Mempertahankan hak asasi warga Palestin tidak bermakna anda pro-Hamas.

“Menyatakan ‘Bebaskan Palestin’ tidak bermakna anda anti-Semitik atau mahu semua Yahudi diusir.

“‘Bebaskan Palestin’ bermakna bebaskan warga Palestin daripada pendudukan Israel yang merompak hak asasi mereka selama 75 tahun.

“‘Bebaskan Palestin’ bermakna berhenti mengurung 2.3 juta warga Palestin dalam penjara terbuka paling besar di dunia, separuh daripada mereka kanak-kanak.

“‘Bebaskan Palestin’ bermakna penamat kepada dasar aparteid yang diamalkan kerajaan Israel.

“‘Bebaskan Palestin’ bermakna berikan Palestin kebebasan mengawal infrastruktur asas di bumi mereka sendiri’.”

Menurut Berita Harian, beberapa tunjuk perasaan dalam kalangan bola sepak sudah diadakan sejak konflik itu bermula – termasuk hantaran Ozil dalam akaun media sosial miliknya.

Jumaat lalu, Ozil membuat hantaran di Twitter, meminta peperangan itu ditamatkan selain turut menggambarkan sokongannya terhadap Palestin.

Mesejnya berbunyi: “Berdoa demi kemanusiaan. Berdoa untuk keamanan,” tulis pemain berusia 34 tahun itu dengan dua emoji berdoa dan bendera Palestin.

Begitu juga peminat Celtic, sebelum pertembungan Liga Perdana Scotland mereka dengan Kilmarnock, mengibarkan sepanduk ‘Free Palestine’ dan ‘Victory to the Resistance’ di Celtic Park. 

Sumber: Berita Harian

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Amir Ahnaf Menolak Gejala Buli

0
KECANGGIHAN teknologi pada hari ini membuatkan lebih ramai membuka mata mengenai gejala buli yang bukan sahaja berlaku di institusi pengajian tinggi, tetapi juga di...

CATEGORIES