Memalukan! Pakai Mazda Tapi Kencing Merata-Rata

0
72
Foto: Vocket

Subang Jaya: Polis mengesan lelaki yang kencing di tiang tempat letak kenderaan sebuah pasar raya di Subang Jaya, yang video kejadian itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, anggota polis yang bertugas di Balai Polis USJ8 melihat satu rakaman video yang tular berdurasi 50 saat memaparkan lelaki kencing di tiang tempat letak kenderaan pasar raya terbabit, Ahad lalu.

Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku pada 16 November lalu yang mana suspek disyaki lelaki memakai baju berwarna hitam dan berseluar pendek warna kelabu, kencing di tepi tiang tempat letak kenderaan seterusnya beredar ke arah kereta Mazda berwarna biru.

“Kejadian itu berlaku di sebuah pasar raya yang terletak di Subang Jaya.

“Di dalam rakaman video terbabit, terdapat perbualan antara perakam dengan suspek yang mengatakan terdapat tandas dan suspek hanya menjawab minta maaf dan seterusnya beredar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

TANGKAP layar daripada video tular menunjukkan insiden lelaki kencing di tiang parkir sebuah pasar raya di Subang Jaya.
TANGKAP layar daripada video tular menunjukkan insiden lelaki kencing di tiang parkir sebuah pasar raya di Subang Jaya.

 

Wan Azlan berkata, kes diklasifikasikan sebagai kelakuan aib mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan kecil 1955.

“Suspek belum dikenal pasti dan masih dikesan bagi membantu siasatan.

“Pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak melakukan perkara yang boleh mendatangkan aib dan kegusaran kepada orang awam,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya tampil memberikan kerjasama kepada pihak polis melalui nombor telefon 03-78627100 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya) atau pegawai penyiasat, Inspektor Norhishamuddin Hamdan di talian 010-2494819.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here