Melampau! Arnab, Landak Pun Orang Buang Tepi Jalan

0
70
Foto: Kosmo

PETALING JAYA – Jika sebelum ini banyak berlaku insiden buang kucing dan anjing di tepi jalan, kini ada yang tergamak membuang arnab dan landak pula.

Menerusi hantaran gambar oleh @soniahoran, dua ekor arnab ditinggalkan dalam kotak di tepi pokok besar bersama dengan longgokan sampah plastik hitam di sebuah kawasan lot kedai.

Meninjau di ruang komen, seorang pengguna media sosial yang merupakan `rescuer hedgehog’ (penyelamat landak) mendakwa kejadian buang haiwan eksotik kecil seperti landak turut berlaku.

“Sebelum bela tak fikir panjang. Bila dah bosan buang. Banyak orang Malaysia `animal hoarder’, bela banyak haiwan tapi kebajikan tak dijaga,” luahnya.

Menurut @mardhiahandherhedgehoh, segelintir kedai haiwan mengurung haiwan di tempat kotor menyebabkan haiwan dijangkiti kutu dan fungus.

Katanya, setiap kali haiwan yang dijaga itu mati, mereka buang haiwan tersebut ke dalam tong sampah di belakang kedai.

“Fikir betul-betul dan buat `research’ sebelum beli (haiwan peliharaan}. `Be responsible pet owner’,” komen @candy.stars.

“Kebanyakkan nak beli haiwan atas dasar suka-suka saja, kalau tak mampu bela jangan beli,” komen @alisya. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here