MCMC Siasat Individu Fitnah Isu Tilawah Al-Quran

0
144
Foto: Borakdaily

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengesan beberapa individu yang sudah dikenal pasti dalam menularkan mesej tersusun mengenai Majlis Tilawah al-Quran tidak diadakan tahun ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pihaknya kini giat mengesan semua individu terlibat untuk membantu siasatan.

“Mereka yang terlibat dalam penghantaran ini (Majlis Tilawah al-Quran) telah dikenal pasti identitinya.

“Tindakan pengesanan sedang giat dilakukan dan MCMC dan kita akan memanggil mereka untuk merakam percakapan dalam masa terdekat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Berbuka Puasa MCMC Bersama Agensi-Agensi Penguat kuasa di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai memberitahu, penghantaran mesej tersusun tersebut sengaja dirancang pihak tidak bertanggungjawab.

“Kelihatan ia sangat terancang (bukan main main). Ini bukan kali pertama malah ada yang berkata tindakan menghantar mesej secara tersusun ini sudah bermula sejak awal Februari tahun ini.

“So, enough is enough (cukup-cukuplah) seperti dititah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kepada SPRM, juga kepada saya dan pihak MCMC. ‘It is time to catch some bees’.

“Ini kerana menyebar fitnah sangat jahat terhadap bukan sahaja kerajaan tapi juga melibatkan agama Islam dan institusi DiRaja (isu 3R). Peringatan kepada semua sekali lagi agar tidak memasukkan hantaran atau komen yang bersifat perkauman yang sentuh agama Islam atau 3R,” jelasnya.

Menurut beliau, MCMC diminta bertindak lebih tegas terhadap individu yang menyentuh isu 3R.

“Kita junjung titah Tuanku (Agong) jadi, kalau ingkar ada padahnya iaitu tindakan berlandaskan undang-undang yang ada, sejumlah akta yang boleh dikuat kuasakan,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here