Petaling Jaya: Gerakan yang mempromosikan kempen memboikot perkara atau produk yang dikaitkan dengan Israel memaklumkan McDonald’s Malaysia memfailkan saman terhadapnya.
Menurut BDS Malaysia, pihaknya, baru-baru ini, menerima writ saman mendakwa gerakan itu memfitnah francais makanan segera itu.
“Mereka mendakwa perniagaan terjejas sejak kebelakangan ini dan menyalahkan kami. Kami menafikan secara mutlak. Oleh itu, keputusan kami ialah biar mahkamah putuskan perkara ini,” kata BDS Malaysia di X (dahulunya Twitter).
Menurut gerakan itu, ia mendapatkan khidmat sebuah firma guaman dan akan mengeluarkan kenyataan lebih terperinci selepas menerima nasihat peguam.
BDS Malaysia, entiti bebas terdiri daripada badan bukan kerajaan, kumpulan, dan individu yang mempromosikan kebebasan, keadilan, dan kesaksamaan terhadap Palestin menerusi boikot, lupus dan sekat.
Sejak Israel melancarkan pembantaian di Semenanjung Gaza, rakyat Malaysia menyeru pemboikotan beberapa francais.
Sementara itu, McDonald’s Malaysia mengesahkan ia memfailkan saman sivil terhadap BDS Malaysia untuk melindungi hak dan kepentingannya.
McDonald’s Malaysia menegaskan ia tidak menyalurkan sebarang jualan, keuntungan, royalti, atau fi francais daripada operasi restoran untuk menyokong mana-mana perjuangan politik atau konflik.
“Walaupun kami memahami dan menghormati tindakan boikot adalah keputusan individu, kami percaya ia harus berdasarkan fakta yang benar dan bukan dakwaan palsu,” menurut kenyataan itu.
Media, sebelum ini, melaporkan tindakan McDonald’s Israel menyumbang makanan kepada rejim Zionis adalah tindakan persendirian dan tidak mencerminkan nilai atau amalan syarikat McDonald’s Malaysia.
McDonald’s Malaysia (Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd) dilaporkan berkata, pihaknya sedia maklum mengenai perbincangan yang berlaku di media sosial berkaitan McDonald’s Israel.
Katanya, keputusan sebelah pihak yang dibuat oleh pemegang francais individu tidak boleh dianggap sebagai tindakan global, dasar syarikat atau pendirian politik rasmi yang diambil oleh McDonald’s secara global.
“Tindakan pengendali McDonald’s di Israel adalah contoh tindakan individu yang dimaksudkan dan ia bukan keputusan global dan tidak diluluskan oleh mana-mana pengendali tempatan lain,” kata dalam kenyataan, baru-baru ini.
Sumber: Harian Metro
You actually make it appear so easy together with your presentation but I
in finding this matter to be actually one thing which I believe I’d by no means understand.
It kind of feels too complex and extremely huge for me. I’m taking a look
forward on your subsequent publish, I will attempt to get the grasp
of it!
Very interesting topic, regards for posting.?
Hi there, I do believe your blog could possibly be having web browser compatibility issues. Whenever I look at your site in Safari, it looks fine however, if opening in IE, it has some overlapping issues. I just wanted to give you a quick heads up! Aside from that, great website.
Everything is very open with a clear description of the issues. It was definitely informative. Your website is useful. Thanks for sharing.
I enjoy reading an article that will make people think. Also, thanks for permitting me to comment.