Thursday, April 25, 2024
HomeTEKNOLOGIMaybank Tidak Kenakan Yuran Transaksi Pembayaran Kod QR DuitNow

Maybank Tidak Kenakan Yuran Transaksi Pembayaran Kod QR DuitNow

KUALA LUMPUR, 29 September- Malaysan Banking Bhd (Maybank) hari ini mengumumkan bank itu tidak bercadang untuk mengenakan kadar yuran transaksi kepada vendor yang menerima pembayaran melalui platform kod QR DuitNow buat masa ini.

Menerusi satu kenyataan, Maybank memaklumkan keputusan itu akan dikekalkan sehingga diberitahu kelak.

“Kami ingin memaklumkan bahawa Maybank tidak melaksanakan sebarang bayaran berkaitan DuitNow QR, dan ini akan berterusan sehingga diberitahu kelak.

“Yakinlah bahawa semua peniaga boleh terus menerima pembayaran DuitNow QR tanpa caj, seperti yang diamalkan hari ini.

“Sebarang perubahan akan dimaklumkan lebih awal kepada peniaga,”kata kenyataan itu.

Selain Maybank, Public Bank terlebih dahulu berkata ia tidak akan mengenakan caj DuitNow QR

Sementara CIMB pula berkata ia akan mengetepikan caj itu sehingga akhir tahun.

Semalam, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) yang mengendalikan kod DuitNow QR mengesahkan bahawa vendor yang menerima pembayaran menerusi platform kod QR DuitNow akan dikenakan caj mulai 1 November ini.

PayNet berkata, terdapat dua e-pembayaran berbeza dikenakan caj iaitu kadar diskaun peniaga (MDR) dan fi 50 sen bagi transaksi melebihi RM5,000.

Menurut PayNet, MDR bukanlah caj baharu atau tambahan, ia sebaliknya insentif untuk menggalakkan penggunaan pembayaran kod QR yang diperkenalkan pada 2019 dengan MDR telah dikecualikan.

Buat masa ini, pembayaran kad debit dan kredit adalah tertakluk kepada MDR.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Lelaki Serabut Teman Wanita ‘Psiko’ Telefon Lebih 100 Kali Sehari

0
Beijing: Seorang gadis berusia 18 tahun di China yang menelefon teman lelakinya lebih daripada 100 kali sehari disahkan menghidap 'otak cinta'. Memetik laporan South China...

CATEGORIES