Mayat Akauntan Ditemukan Tertiarap Di Tepi Jalan

0
116
Foto: SInar Harian

KUALA LUMPUR, 12 Disember- Polis mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki diyaki dibunuh di tepi Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin menerusi satuas kenyataan berkata mayat akauntan berusia 28 tahun itu dijumpai dalam keadaan tertiarap dan tidak berpakaian oleh orang awam pada kira-kira 6 pagi sebelum melaporkannya kepada polis.

“”Pemeriksaan awal polis mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada mayat mangsa.

“Mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras, Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.

Jelas Zam Halim, semasa ditemukan tiada sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa, namun indentitinya telah dikenal pasti oleh keluarga lelaki itu.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here