Mawar Rashid, Raf Yaakob Sah Bercerai, Tiada Bersefahaman Lagi

0
141
Foto: mStar

PETALING JAYA – Meleraikan teka-teki ramai mengenai status rumah tangga Mawar Rashid apabila pelakon itu mengakui sudah berpisah dengan suaminya, Raf Yaakob atas dasar tiada persefahaman.

Menurut Mawar, 28, perpisahan tersebut dilakukan atas persetujuan bersama namun masih mengekalkan hubungan baik demi anak-anak.

“Kami berdua sudah bersetuju untuk perpisahan ini atas dasar tiada persefahaman namun masih mempunyai hubungan baik.

“Fokus utama ketika ini ialah memberi sokongan dan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak kami.

“Kerjasama dalam menjalankan tugas sebagai ibu bapa adalah sangat penting dan itu yang kami lakukan bersama ketika ini, insya-Allah,” katanya dalam satu perkongsian Instagram hari ini.

Dia yang pernah membintangi drama Suamiku Paling Sweet itu juga turut meminta orang ramai memberi ruang dan mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Raf ketika ini.

“Kepada rakan media, hanya ini sahaja kenyataan daripada kami berdua dan harap anda menghormatinya.

“Kepada pengikut media sosial, kami memohon doa yang baik daripada anda semua,” ujarnya.

Dalam masa sama, dia juga meminta orang ramai berhenti mencetuskan sebarang spekulasi tidak benar mengenai keretakan rumah tangganya ketika ini.

“Bukan mudah untuk kami berdua berkongsi mengenai hal perpisahan ini kepada anda semua.

“Namun ini adalah jalan terbaik buat kami berdua.

“Terima kasih kerana sentiasa menyokong dan memberi kata-kata yang baik, semua itu sangat bermakna untuk saya dan Raf,” ujarnya.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here