Maut Kena Renjatan Elektrik Ketika Bertukang

0
39
Foto: Sinar Harian

KOTA BHARU, 12 Disember- Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja pertukangan di atas bumbung rumahnya, di Labok, Machang petang semalam.

Mangsa, 54 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori dilaporkan terkena renjatan elektrik ketika memegang kerangka besi bumbung.

Ketua Polis Daerah Machang, Superitenden Mohd Adli Mat Daud berkata mangsa ditemui tidak sedarkan diri dan tergantung di bahagian kerangka bumbung.

“Punca kejadian adalah terdapat kesan luka pada wayar elektrik dan wayar elektrik tersebut bersentuhan dengan kerangka besi bumbung,”katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Mohd Ali, mangsa dibawa turun dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan dihantar ke Hospital Machang untuk siasatan lanjut.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here