Saturday, February 15, 2025
HomeVIRALMat Saleh Rasis, Keluarkan Kata-Kata Kesat Di Konsert Coldplay

Mat Saleh Rasis, Keluarkan Kata-Kata Kesat Di Konsert Coldplay

PETALING JAYA – Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur yang berlangsung pada malam Rabu lalu dicemari dengan insiden pergaduhan mulut sehingga tular dalam media sosial semalam.

Menerusi rakaman video berdurasi 32 saat di aplikasi TikTok, keadaan tegang itu berpunca daripada tindakan menolak pengunjung di hadapan pentas sehingga menimbulkan suasana tegang.

Kumpulan tersebut dikatakan berang selepas perbuatan mereka ditegur orang lain.

Salah seorang daripada mereka dilihat memarahi individu yang menegurnya dan turut mengeluarkan kata-kata kesat dan bersikap rasis.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian turut terkejut dengan tindak balas warga asing tersebut.

Orang ramai juga mengecam tindakan ‘mat salih’ itu dan menyifatkan dia langsung tidak menjaga sensitiviti ketika berada di negara orang.

“Memang dari awal lagi dia buat gangguan dan potong barisan semasa beratur di luar stadium,” komen Zeus.

“Dia datang dekat tempat saya di depan dan mula menolak orang ramai sebab hendak rakam video,” kongsi Dina Hasyadina.

“Saya kenal lelaki ini sebab dari awal konsert dia nak bergerak ke hadapan dan orang ramai mula mencemuh dia,” tambah Khalisha.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Harga Lantai Belian Padi RM1,500 Tambah Pendapatan Pesawah

0
ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyambut baik penyelarasan harga lantai belian padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa...

CATEGORIES