Masjid, Surau Seluruh Pulau Pinang Laksanakan Qunut Nazilah Dalam Solat Jumaat Esok

0
42
Foto: Kosmo

GEORGE TOWN – Semua masjid dan surau di seluruh Pulau Pinang diseru untuk terus melaksanakan qunut nazilah dalam solat Jumaat esok sebagai solidariti kepada rakyat Palestin.

Timbalan Ketua Menteri l, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata, ia kemudian diikuti solat sunat hajat selepas solat Jumaat secara serentak.

“Dipohon kerjasama kepada semua masjid dan surau di seluruh Pulau Pinang untuk terus melaksanakan qunut nazilah dalam solat Jumaat dan diikuti solat sunat hajat selepas solat Jumaat secara serentak esok sebagai solidariti kepada rakyat Palestin,” katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan menerima sumbangan dana kemanusiaan umat Islam Gaza daripada kerajaan negeri, MAINPP, ahli korporat dan beberapa individu esok.

“Majlis ini akan diadakan pada pukul 12 tengah hari dengan sasaran kutipan berjumlah RM500,000. Majlis ini akan diadakan bertempat di Masjid Jamek Simpang Tiga, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara,” katanya.  

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here