Masjid, Surau Seluruh Negara Diminta Buat Solat Hajat Doakan Mangsa Banjir

0
34
Foto: mStar

KUALA LUMPUR, 28 Disember- Semua masjid dan surau di seluruh negara diminta mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan berikutan bencana banjir yang melanda beberapa negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, menerusi satu kenyataan berkata solat hajat itu juga bertujuan mendoakan keselamatan semua penduduk yang terjejas akibat bencana berkenaan.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memohon masjid dan surau di seluruh negara dapat mengadakan solat hajat mendoakan keselamatan dan kesejahteraan untuk negara dan seluruh mangsa yang terjejas.

“Semoga seluruh mangsa diberikan ketabahan dengan dugaan yang dihadapi ketika ini,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Jelas Mohd Na’im, beliau juga sudah mengarahkan agensi dan seluruh jentera Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa selain turun padang membantu mangsa banjir menerusi tabung bantuan sedia ada.

“Saya juga akan bersama agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk meninjau dan membantu saudara kita yang terkesan di negeri terjejas.

“Hari ini saya akan tiba di Kuala Lumpur selepas selesai urusan lawatan ke Dayah Madani, Acheh, Indonesia bagi memperkukuh kerjasama antara dua negara terutama melibatkan umat Islam dua negara serumpun. Lawatan ini saya singkatkan, berikutan kejadian banjir yang menimpa rakyat Malaysia,” katanya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here