Malah, wanita itu masih bekerja sehingga kini meskipun sudah berusia 92 tahun.
Lapor Oddity Central, kontak pertama Carmen dengan dunia fesyen menemukan kegagalan.
“Setelah didatangi oleh isteri jurugambar Herman Landschoff ketika Carmen pada masa itu berusia 13 tahun sedang menaiki bas menuju ke kelas balet, dia melihat gambarnya tidak meraih perhatian dengan pantas.
“Bagaimanapun, Carmen ditakdirkan untuk menjadi terkenal. Kira-kira dua tahun kemudian, Carmen yang berusia 15 tahun menghiasi muka depan majalah Vogue buat kali pertama selepas menjadi model kegemaran jurugambar Erwin Blumenfeld,” jelas laporan.
Tahun lalu, Carmen muncul pada muka depan majalah Vogue Czechoslovakia dan kali ini sebagai model tertua dunia yang masih bekerja.
Membesar bersama ibunya di New York, Carmen melalui fasa kehidupan yang sangat sukar ketika zaman kanak-kanaknya.
“Mereka mengalami masalah kewangan sehingga kerjayanya sebagai model tidak cukup untuk menyara keluarganya. Jadi, dia dan ibunya terpaksa bekerja sebagai tukang jahit untuk menampung kehidupan.
“Malah, Carmen turut berdepan masalah rumah tangga sehingga dia memutuskan untuk bersara dari dunia peragaan pada tahun 1958,” jelas laporan.
Situasi kewangan yang tidak menentu menyakinkan Carmen untuk kembali menjadi peragawati pada tahun 1978.
Malah, dalam masa beberapa tahun sahaja, Carmen sudah menghiasi muka depan beberapa majalah fesyen lagi.
Sejak itu, dia bekerja keras dan muncul dalam majalah, kempen pengiklanan serta melakukan catwalk memperagakan pelbagai jenama fesyen.
“Carmen melakukan segala-galanya dan walaupun sudah melangkaui usia persaraan, dia tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti,” jelas laporan.
Carmen terus membuktikan bahawa umurnya adalah sekadar angka.
Sumber: Utusan Malaysia