Sunday, January 26, 2025
HomeSUKANMasatada Mahu Timor Leste Jadi ‘Perisik’ Thailand

Masatada Mahu Timor Leste Jadi ‘Perisik’ Thailand

Selepas membelasah Timor Leste 10-0 di Stadium Hang Day, Hanoi, Vietnam kelmarin, pengendali Thailand, Masatada Ishii mahu menjadikan lawan itu sebagai ‘pengintip’ untuk menilai kualiti yang ada pada Harimau Malaya.

Malaysia akan menjadi lawan seterusnya buat Gajah Perang di Stadium Rajamangala, Bangkok pada Sabtu ini sekali gus memberi kelebihan buatnya menyiapkan perancangan lebih baik sebelum menerima kunjungan Harimau Malaya.

“Untuk perlawanan pertama kali ini, kami cuba tingkatkan kualiti permainan dan pemain juga berjaya tampil lebih baik di babak kedua. Semua akan cuba baiki keadaan dan tingkatkan kualiti permainan.

“Kami buat analisis permainan Timor Leste, namun kami tidak tahu apa akan berlaku semasa mereka menentang Malaysia. Selepas ini kami pasti akan lihat dan menilai permainan mereka (Malaysia),” katanya.

Dalam aksi itu, 10 gol Thailand diperoleh menerusi masing-masing dua jaringan Ben Davies, Suphanat Muenta, Seksan Ratree, Teerasak Poeiphimai dan satu daripada Patrik Gustavsson serta Nicholas Mickelson.

Mengulas kejayaan luar biasa dipamerkan anak-anak buahnya, Ishii menegaskan beliau tidak terlalu obses untuk mencipta rekod pertandingan kerana keutamaan adalah tiga mata.

“Selepas menjaringkan gol, semua pemain mahu segera menyambung permainan dan kembali lakukan serangan. Saya tidak fokus untuk pecahkan rekod kerana menang satu atau pun 10 gol, kami tetap dapat tiga mata.

“Saya tidak tahu tentang rekod tetapi semua pemain bersungguh-sungguh untuk mendapatkan lebih banyak gol,” katanya.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Takut Kahwin Bimbang Tidak Boleh Beri Komitmen’

0
BIARPUN usia telah mencecah angka 39 tahun pelakon Adeline Tsen mengakui masih tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga. Kata Adeline atau nama sebenarnya, Adeline Anthony...

CATEGORIES