MAQIS Rampas 1.78 Tan Daging Lembu Dari Australia, Sijil Halal Meragukan

0
139
Foto: Berita Harian

SEPANG, 20 Disember- Sejumlah 1,780 kilogram (kg) daging lembu dari Australia dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Kargo, Jumaat lalu, kerana maklumat sijil halal mengelirukan.

Pengarah MAQIS Selangor Mohd Sobri Md Hashim berkata kesemua daging yang dirampas bernilai kira-kira RM250,000.

Katanya, daging ‘Chilled Beef Boneless’ dan ‘Bone In’ itu dibawa masuk oleh syarikat tempatan yang mempunyai permit import sah daripada MAQIS.

“Pemeriksaan terhadap daging berkenaan mendapati tarikh penyembelihan dinyatakan dalam sijil halal tidak sama dengan tarikh penyembelihan yang tertera pada kotak dan pembungkus daging.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana mengisytiharkan maklumat mengelirukan,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here