Mangsa Dakwa Kena Benang Ketika Lalu SUKE Diminta Tampil

0
237
Foto: Harian Metro

AMPANG: Polis meminta mangsa yang didakwa cedera kerana terkena benang ketika melalui Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dekat Taman Kosas di sini, tampil membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya terkesan hantaran mengenai kejadian itu di aplikasi sosial X.

Menurutnya, menerusi hantaran itu individu terbabit mendakwa kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang semalam.

“Dagunya mengalami koyakan akibat terkena benang yang melintang jalan di Lebuhraya SUKE selepas susur keluar Taman Kosas menghala Tol Bukit Teratai.

“Sehingga kini polis belum menerima laporan berkaitan insiden itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau meminta mangsa untuk tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran dan saksi kejadian juga diminta membantu siasatan.

Katanya, pada masa sama polis akan menjalankan siasatan awal dan perjumpaan dengan pengendali lebuh raya untuk tindakan lanjut.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden itu.

Sumber: Buletin TV3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here