Manchester City Raih Gelaran Keempat Berturut-Turut EPL

0
45
Foto: Berita Harian

Manchester: Manchester City melakar sejarah merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) kali keempat berturut-turut hasil kemenangan 3-1 ke atas West Ham, malam ini.

City yang turun selaku juara bertahan menamatkan 38 perlawanan dengan 91 mata manakala Arsenal di tempat kedua dengan 89 mata.

Pada aksi di Etihad, pemain tengah yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan EPL, Phil Foden meletakkan City di depan seawal minit kedua sebelum menambah satu lagi jaringan pada minit ke-18 yang membolehkan City mendahului 2-0.

Mohammed Kudus merapatkan jurang buat West Ham, namun Rodri menjadikan kedudukan 3-1 menerusi rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-59.

City berpeluang menambah satu lagi piala apabila beraksi di final Piala FA menentang musuh setempat, Man United di Stadium Wembley, Sabtu ini.

Arsenal yang ketinggalan satu mata di hujung musim lalu, sekali lagi memberi saingan sengit kepada City dalam perebutan gelaran dan mereka menang 2-1 ke atas Everton, malam ini.

Liverpool yang menundukkan Wolves 2-0 menduduki tangga ketiga liga dengan 82 mata manakala Aston Villa yang tewas 0-5 di tangan Crystal Palace menduduki tempat keempat dengan 68 mata.

Empat pasukan teratas itu layak beraksi di Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan, termasuk Villa yang akan membuat kemunculan kali pertama.

Man United pula menewaskan Brighton 2-0 menerusi jaringan Dalot dan Rasmus Hojlund, namun sekadar menamatkan saingan di tangga kelapan liga.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here