Malaysia, Thailand Tekad Pertahankan Kerjasama Ketenteraan Negara

0
88

KUALA LUMPUR, 06 MAC 2024 – YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia telah menghadiri Sesi Permukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN di Luang Prabang, Lao PDR pada 5 Februari, semalam.

Foto: Mindef

Sebanyak 10 negara anggota ASEAN telah menyertai dan sesi telah dipengerusikan oleh TYT Jeneral Chansamone Chanyalath, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Lao PDR.

Foto: Mindef

Selaku Pengerusi Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ASEAN Defence
Ministers’ Meeting, ADMM) pada tahun ini, YB Menteri Pertahanan telah menyampaikan sokongan dan komitmen Malaysia terhadap Lao PDR.

YB Menteri Pertahanan juga membincangkan mengenai kemajuan ADMM dan strategi ADMM pasca-2025, dengan mengambil kira pencapaian pelaksanaan Pelan Tindakan Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN 2025.

Foto: Mindef

Beliau turut menekankan kepentingan ADMM dan ADMM-Plus selaku platform utama dalam mempromosikan dialog pertahanan dan keselamatan serta kerjasama praktikal
untuk meningkatkan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau.

Dalam masa yang sama, YB Menteri Pertahanan juga berkesempatan untuk mengadakan
pertemuan dua hala dengan TYT Jeneral Chansamone Chanyalath, Timbalan
Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Lao PDR.

Foto: Mindef

Antaranya adalah mengenai pelbagai isu strategik yang berkepentingan kepada kedua-
dua negara termasuk kepentingan untuk mengekalkan kepusatan dan perpaduan ASEAN.

Turut dibincangkan pelbagai bentuk kerjasama yang boleh terus dilaksanakan antara kedua-dua buah negara dalam bidang pertahanan, khususnya dalam soal kawalan sempadan dan pertukaran pegawai melalui program pembangunan kapasiti.

Ketika tiba pertemuan bersama TYT Sutin Klungsang, Menteri Pertahanan Thailand, YB Menteri Pertahanan sempat menganjurkan cadangan supaya dimeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Thailand bagi memperkukuh hubungan serta kerjasama khususnya dalam bidang pertahanan dan ketenteraan.

Foto: Mindef

Satu Kenyataan Bersama telah dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan ASEAN mengenai Pencapaian ADMM dalam Pelaksanaan Pelan Tindakan Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN 2025 semasa penghujung Sesi Pemukiman tersebut.

Sumber: Mindef//Medialah

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here