Saturday, February 15, 2025
HomeBERITAMalaysia Suarakan Keutamaan Eksport Beras Kepada Negara ASEAN

Malaysia Suarakan Keutamaan Eksport Beras Kepada Negara ASEAN

KUALA LUMPUR, 10 Oktober- Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) kali ke-45 yang diadakan di Kuala Lumpur ketika ini akan digunakan sebagi pentas terbaik untuk Malaysia menyuarakan kepada negara pembekal beras utama ASEAN supaya memberikan keutamaan mengeksport makanan ruji itu kepada negara anggota.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin berkata perkara itu akan dibangkitkan pada sesi perbincangan dua hala dengan negara-negara tersebut hari ini.

Beliau berkata, bukan semua negara ASEAN terkesan dengan isu kekurangan beras.

“Mungkin pada sesi bilateral kita akan bangkitkan seperti kita nak mengeratkan lagi hubungan antara dua negara supaya meletakkan keutamaan mengeksport beras kepada negara-negara ASEAN.

“Perbincangan mungkin kita akan buat dengan Thailand ataupun Vietnam,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas mewakili Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu merasmikan majlis tersebut pagi tadi.

AMAF ke-45 berlangsung dari 2 hingga 6 Oktober di Kuala Lumpur.

Tahun ini merupakan kali ketiga Malaysia menjadi tuan rumah selepas AMAF ke-25 dan AMAF ke-35 diadakan masing-masing pada tahun 2003 dan 2013.

Sementara itu, mengulas mengenai Ops Bersepadu Beras Putih Tempatan yang dilancarkan semalam, Chan berkata pemeriksaan menyeluruh di semua peringkat rantaian industri padi dan beras akan bermula pada bila-bila masa.

Task Force Khas Bersepadu Penguatkuasaan OP BPT akan mengambil sampel secara rawak pada pelbagai peringkat rantaian pembekalan beras bagi mengesan dakwaan manipulasi label beras tempatan ditukar kepada beras import.

Operasi itu akan melibatkan badan Kawalselia Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, polis, Jabatan Kastam serta Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia.

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Harga Lantai Belian Padi RM1,500 Tambah Pendapatan Pesawah

0
ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyambut baik penyelarasan harga lantai belian padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa...

CATEGORIES