KUALA LUMPUR, 12 DISEMBER 2023 – Sebuah pertemuan melibatkan dua negara diplomatik Malaysia-China serta kehadiran wakil dari Hainan Airlines Group dan agensi pelancongan lain telah diadakan di Beijing pada 9 Disember lalu.
Pertemuan yang bertujuan untuk meneroka potensi bagi mengoptimumkan dan menambah baik ketersambungan penerbangan antara negara yang juga melalui 11 anak syarikat Hainan Airlines.
Ini termasuklah tumpuan kepada penerbangan sambungan, penerbangan terus dan perkhidmatan sewa, untuk meningkatkan lagi prestasi pertukaran perniagaan dan pelancongan.
Pengenalan polisi bebas visa antara Malaysia dan China serta ulang tahun yang ke-50 akan datang sempena penubuhan diplomatik pada tahun 2024 bakal menjadi peristiwa penting bagi kedua-dua buah negara.
Semua pihak terlibat bertanggungjawab untuk bekerjasama rapat bagi membincangkan mengenai kekerapan penerbangan, kapasiti penumpang dan tempat duduk, masa penerbangan, dan pembukaan atau penambahan laluan baharu.
Turut memfokuskan mengenai bandar tingkat pertama dan kedua di Malaysia dan China dari segi strategi pemasaran dan promosi bagi mencapai perkongsian strategik jangka panjang bersama.
Tiga agensi yang terlibat antaranya seperti Tianshiyuan Travel, Beijing Bao Sheng Air Service, dan Beijing Little DragonFly Airline Service bersama AirAsia dalam memacu ekonomi dua negara.
Lebih memberangsangkan jualan hasil gabungan tiket AirAsia oleh ketiga-tiga agensi ini telah menyumbang sebanyak 35% daripada jualan tiket global AirAsia, dan sebanyak 70% daripada jualan AirAsia di China.
Terdahulu, kira-kira purata $70 juta didepositkan ke dalam akaun prabayar AirAsia pada setiap bulan.
Dalam masa yang sama, penerbangan sewa dan pelancongan mesra Muslim turut dikemaskini melalui platform JD.com yang luas untuk keselesaan pengguna.