Saturday, October 12, 2024
HomeBERITAMalaysia Raih RM40.6 Bilion Dari Pelaburan Abu Dhabi

Malaysia Raih RM40.6 Bilion Dari Pelaburan Abu Dhabi

PETALING JAYA – Malaysia berjaya meraih manfaat besar terutama dalam aspek pelaburan dari Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan menjana pelaburan komited berjumlah RM40.6 bilion (US$8.6 bilion).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaburan tersebut dalam sektor seperti tenaga boleh diperbaharui, aeroangkasa dan logistik.

Menurutnya, perkara itu menerusi lawatan kerja beliau dan delegasi ke negara teluk itu pada Khamis dan Jumaat lepas hanya berlangsung dalam tempoh kira-kira 36 jam.

“Selaku Perdana Menteri, saya sentiasa konsisten memberikan jaminan bahawa Malaysia komited memajukan tenaga boleh diperbaharui selain mahu memudahkan urusan perniagaan dengan emiriah tersebut.

“Itu yang dizahirkan tatkala mengadakan pertemuan dengan Presiden UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan yang juga Pemerintah Abu Dhabi,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Anwar berkata, pertemuan itu turut melibatkan beberapa menteri kanan dalam hal ehwal ekonomi, perdagangan dan pelaburan, pemegang taruh dana kekayaan berdaulat UAE, Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) dan syarikat-syarikat perniagaan terbesar di UAE.

“Insya-Allah, saya yakin perencanaan yang telah disusun serta dirangka ini mampu menjadikan Malaysia sebagai antara hab terpenting bagi sektor tenaga boleh diperbaharui,” katanya menurut Kosmo.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Taktik Licik Wanita Samun Kedai Emas Akhirnya Terbongkar!

0
ALOR GAJAH – Kegiatan seorang wanita berkaca mata hitam yang aktif menyamun tujuh buah kedai emas di sekitar Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan sejak...

CATEGORIES