Malaysia, Palestin Sepakat Perlu Usaha Tuntas Henti Keganasan Di Gaza

0
39
Foto: Selangorkini

KUALA LUMPUR, 20 Oktober- Malaysia dan Palestin sepakat usaha tuntas perlu bagi menghentikan sebarang bentuk keganasan di Gaza ketika ini.

Menerusi satu hantaran di akaun X, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesepakatan itu disuarakan semasa perbualan telefon antara beliau dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas bagi membincangkan perkembangan terkini di Gaza.

“Kami juga berharap agar semua pihak dapat berusaha untuk memastikan bantuan kemanusian disalurkan dengan segera kepada rakyat Palestin.

“Semasa perbualan ini, saya juga menerima penjelasan terkait serangan yang dilakukan rejim Zionis ke atas orang awam, sayugia kami berdua mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut,”katanya.

Menurut statistik oleh Euro-Med Monitor, sekurang-kurangnya 4,079 rakyat Palestin telah terbunuh, termasuk 1,413 kanak-kanak dan 806 wanita, dengan kira-kira 3,420 orang awam antara yang terkorban.

Sementara itu, lebih 15,000 rakyat Palestin dilaporkan cedera, dengan lebih separuh daripada mereka adalah kanak-kanak dan wanita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here