NEW DELHI, India – Seorang lelaki di negeri Himachal Pradesh memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) miliknya di dalam sebatang sungai bagi mengelak kesesakan lalu lintas, lapor laman berita Ary News.
Dalam sebuah klip video yang tular di media sosial, lelaki berkenaan dilihat memandu SUV tersebut di Sungai Chandra, Lembah Lahaul.
Dia berbuat demikian kerana kawasan berbukit di negeri itu sesak selepas didatangi sejumlah besar pelancong sempena sambutan Krismas dan Tahun Baharu.
Dia bernasib baik kerana paras air sungai itu tidak tinggi, jika tidak, tindakannya berisiko membawa maut.
Setelah video itu tular, satu laporan polis difailkan terhadap lelaki itu susulan tindakannya memandu di dalam sungai.
“Kenderaan tersebut difailkan di bawah Akta Kenderaan Bermotor 1988 dan bagi memastikan tiada kesalahan sedemikian pada masa hadapan, anggota polis ditempatkan di kawasan tersebut,” kata Superintendan Mayank Chaudhry.