Tuesday, December 10, 2024
HomeHIBURANMalaika Arora Nak Jauhi Alkohol, Manusia Toksik

Malaika Arora Nak Jauhi Alkohol, Manusia Toksik

DUA bulan berbaki sebelum tahun 2024 menutup tirai, aktres sensasi, Malaika Arora dilihat bersemangat menyenaraikan ‘cabaran baharu’ iaitu melakukan hal-hal terbaik untuk diri sendiri.

Model juga pengacara berusia 51 tahun itu menegaskan mahu menolak pengambilan minuman keras selain menjauhkan diri daripada kelompok toksik yang memberi kesan positif terhadap kehidupannya.

Dalam kalangan netizen, tindakan tersebut dikatakan berpunca daripada pendedahan bekas kekasihnya, Arjun Kapoor.

Aktor terbabit dikatakan mengakui bahagia selepas kembali solo tanpa cinta ketika mempromosikan filem baharunya berjudul Singham Again.

Biarpun berpisah secara baik, kenyataan pelakon berusia 39 tahun itu mencalarkan perasaan Malaika apabila merasakan dirinya membawa masalah sepanjang percintaan mereka.
Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Shah Rukh Khan Tak Guna Orang Dalam

0
DIJULANG sehingga mengumpul jutaan peminat di luar negara, Raja Bollywood Shah Rukh Khan atau SRK sebenarnya contoh bintang dunia tidak punya seorang pun saudara...

CATEGORIES